Free CSS Navigation Menu Designs 2 at exploding-boy.com

Tab Menu 9

Sunday, 11 December 2011

Titik permulaan menjadi guru pemulihan~

      Saya telah memegang jawatan guru pemulihan pada tahun ini. Walaupun saya tiada pengalaman dalam bidang ini, tetapi saya perlu berusaha untuk menjalankan tugas yang dipertanggungjawab. Saya berasa bertuah kerana berpeluang mencuba dalam mengajar kelas pemulihan di sekolah ini. Sebelum ini, memang  saya tidak pernah fikir dapat melaksanakan usaha untuk mencelikhurufkan murid istimewa, yang lebih dikenali sebagai murid pemulihan. Pada mulanya, saya berasa sangat panik dan tidak ingin menerima jawatan ini.
      Tetapi, dalam tempoh satu tahun ini, saya telah mendapati banyak perkara yang saya tidak pernah mengambil tahu tentang murid-murid golongan ini. Pendedahan ini telah mempengaruhi saya   mempunyai hasrat yang amat tinggi untuk melihat murid-murid  menguasai a-b-c dan kembali ke kelas perdana. Untuk mencapai hasrat itu, saya melakukan berbagai-bagai usaha. Antaranya termasuklah mencari jalan untuk memahami dan mengintimi murid, keluarga murid dan persekitaran murid.Manakala, saya juga mesti memanfaatkan pengetahuan psikologi ketika berhadapan dengan murid. Tidak ketinggalan, pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik telah saya  gunakan untuk mencelikhurufkan murid.
  

No comments:

Post a Comment